CLICK CLICK

PAKCIX Google

Saturday, June 30, 2012

JANGAN AMBIL KESEMPATAN

salam.....kebelakangan ini ramai penganjur yang nak anjurkan konsert konsert nasyid. Sedangkan penganjur tersebut tak pernah pun menganjurkan konsert nasyid .....mahupun bekerjasama dengan penasyid......dan akhirnya nasyid juga yang menjadi mangsa... mari kita renungi teguran saudara Farihin Abd Fattah ....yang saya anggap orang yg paling banyak pengalaman dalam perjuangan memartabatkan irama dan melodi mendidik jiwa ini :
بسم الله الرحمن الرحيم
RENUNGAN BUAT TINDAKAN: 
Salam Sahabat munsyideen sekelian, ana bukan lah yang terbaik di sini tapi ana telah melakukan terlalu banyak kesilapan sebelum ini, namun kesilapan silam tidak boleh di jadikan alasan untuk melakukan lebih banyak kesilapan. Penganjuran majlis sekecil mana pun tidak boleh di dasari dengan keselesaan/kelalaian peribadi sambil mengorbankan kepentingan jamaah/ummah.

Penganjuran tidak boleh di buat atas minat dan semangat semata-mata kerana tanpa persiapan ilmu, pengalaman dan ketajaman latihan dan disiplin, hatta Islam pun takkan dapat kita kecapi hari ini. Inilah sunnah yg 'wajib' yang sering kita lupa apabila kita sibuk bersemangat, menganjurkan sesuatu majlis atau bekerjasama dalamnya.

Ya betul kita boleh menjawab 'nasib baik kita di Malaysia' tapi tak malukah kita saban tahun akhir2 ini penganjur2 bersemangat minat tanpa pengalaman telah sering kali mengkocar kacirkan pentas munsyid? Ana merayu... tolongggggg lah "bertanya itu ubat kepada kebodohan" . Dan tolonglah sampaikan amaran keras ini kepada sesiapa lagi yang berani mencemar Syiar Allah dengan kebodoh sombongannya agar merendah diri dan bertanya dan bertanya dan bertanya kepada ahlinya. Wallahu a'lam.
"Subhanaka Laa 'Ilmalanaa illa maa 'allamtanaa innaka antal 'aleemul hakeem.."

1.Peristiwa Islamic Song Festival 2010/2011 sudah cukup memalu dan menyedihkan. 2.Peristiwa Konsert MZ rehearsal 2 hari dengan persiapan mentah sudah cukup menginsafkan (kedegilan yg masih di teruskan Wasim dan awakening)
3.Sebuah produksi tempatan bertema Qasidah tidak bayar langsung kepada penampil2 Indonesia sewaktu penggambaran yang juga membabitkan Ulama2 Haba'eb yang di segani. (tak malu dan tak beradab dengan Ulama')
4. Konsert Salaam yg bakal muncul 14 july ini cukup membimbangkan
(dengan perangai aneh bin diva SY) .
5. YANG TERKINI : pembatalan saat akhir 1st World Nasyid Festival setelah datangnya tetamu dari Thailand bersama krew TV mereka.(difahamkan ada yg dah tahu pembatalan bulan lepas. Apa pun alasan mohon sampaikan pada penganjur agar bersegera memulih maruah Islam & negara)

APA NAK JADI ? ini bukan catatan wartawan sensasi. Ini bukan andaian. Apa yang ana sebut adalah pengalaman peribadi yang sengaja ana kongsi
kerana trend 'minat-anjur-hancur' semakin menjadi virus nampaknya.

p.s. Pihak yg terbabit secara langsung atau tidak langsung sila mohon maaf dengan saguhati kepada tetamu munsyid kita dari Thailand atau yang lain (sekiranya ada) dengan kadar segera.

khadam munsyideen,
farihin bin abdul fattah

No comments:

click