CLICK CLICK

PAKCIX Google

Friday, January 28, 2011

BY HEART CLAN


Assalamualaikum. Semalam alhamdulillah diizinkan Allah saya dipertemukan dgn wakil dari BY HEART CLAN. atau BHC. Perbincangan dan perkongsian yg menarik. Mereka ni adalah gabungan group group nasyid generasi muda yg ingin mengubah cara penyampaian dan konsep muzik dakwah kepada yang lebih moden serta lebih sesuai mengikut peredaran masa. Dan mereka juga tidak menggelarkan group group mereka sebagai kump nasyid, tp lebih kepada nyanyian yang mempunyai mesej positif lebih ttg ketuhanan, kasih sayang, kemanusiaan dan kematian. Saya sebagai org lama merasakan mereka ini perlu diberi sokongan dari segi mental dan juga semangat utk terus memperjuangkan bidang seni dakwah. kerana mereka adalah generasi yang bakal menggantikan generasi yang awal. Biar mereka keluar dengan konsep baru, segar dan bertenaga. yang penting niat dan perjuangan mestilah betul. Akhlak dan ibadah perlu dijaga. Syariat jangan dipinggirkan. Insyaallah saya akan membantu sedaya upaya saya dari bentuk idea, tenaga dan sokongan yang Insyaallah BHC akan terus maju dengan gaya,matlamat dan caranya yang tersendiri. TQ to PITO & PIMP for jemputan perbincangan dan perkongsian serta jemputan ke BY HEART CLAN.

Jom ramai ramai LIKE page BY HEART CLAN di facebook

BY HEART CLAN ialah....

-persaudaraan sedarah,sehati,sejiwa...
-ilmu dikongsi utk kejayaan dan kecemerlangan pembangunan..
-kreativiti berkarya bukan sekadar minat,ttp sbg usaha daawah..
-bersama dalam kepayahan..bersama dalam kesenangan..
-saling membantu sesama ahli..
-menghormati idealisme setiap kumpulan tanpa rasa rasis dijiwa..

Islam dijunjung,Allah di takuti,Muhammad diikuti,Quran dijiwai,Sunnah dirasai..

Thursday, January 27, 2011

MATI ITU PASTI

KEMATIAN & PERINGATAN BUAT SEMUA

Membicarakan perihal kematian akan membuatkan kita terdiam sejenak, kelu dan hilang kata-kata sewaktu rancak berbicara. Sesiapa sahaja yang sedang asyik ketawa dan berbicara tentang perihal dunia maka pastinya akan terdiam atau sekurangnya merasa kurang enak apabila kita berbicara tentang kematian.

Kematian
"(Dialah) yang menjadikan mati dan hidup, agar Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun". (Al-Mulk: 2).

Cubalah berbicara tentang meninggal dunia, mengingati orang-orang sekeliling kita yang telah pergi mengadap Allah, jasad yang kaku, hilang segala-galanya hubungan dengan kehidupan.
Fikirkan pula tentang kubur, ruangan yang kecil, perlahan-lahan jasad diturunkan ke dalam lubang lalu ditimbus. Gelap gelita, sempit sehingga sesak nafas, apa masih bernafaskah ? Ruangan yang gelap dan kehidupan yang tidak pasti apa akan berlaku seterusnya di hadapan. Kehidupan lalu di dunia semuanya terputus dan hilang tanpa ada upaya kembali walau sesaat untuk menguruskan apa yang belum sempat.
Tiada masa dan tidak akan ada peluang untuk membetulkan kembali kesalahan lalu, apakah masih berpeluang merangkak keluar dari kubur dengan jasad yang sudah tiada nyawa, tiada darah mengalir, badan yang sejuk kaku dan lama-lama membusuk ? Masih berpeluangkah merangkak keluar dan kembali ke dunia dan kembali ke sisi keluarga untuk mengucup pipi ibu dan ayah bagi melepas rindu ? atau memeluk isteri barang sekali dua melepas rasa dendam kasih atau mencium anak-anak dan mengusap wajah dan kepala mereka sekejap cuma ?
Punyai waktu lagikah untuk menguruskan beberapa kerja yang tertangguh yang belum sempat disiapkan disebabkan datangnya malaikat mencabut nyawa dengan begitu cepat tanpa sempat membuat persediaan dan tanpa pemberitahuan ?

"Tiap-tiap umat memiliki ajal (batas waktu); maka apabila telah datang waktunya, mereka tidak akan dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula mempercepatkannya". (al-A’raaf: 34).

Kematian datang secara tiba-tiba dan tiada sesiapa dari kalangan manusia yang tidak terkejut dengan mati kecuali orang yang benar-benar beriman dan berjuang di jalan Allah yang mengharapkan kematian kerana Allah swt.
Kematian boleh berlaku dengan kemalangan, kecederaan atau sakit atau kadang-kadang tergempar dan tiba-tiba begitu sahaja. Maka hendaklah difahami bahawa tujuan hidup ini ialah beribadah dan melaksanakan satu misi khusus iaitu menjadi hamba dan beribadah kepada Allah swt sehingga mendapat redha-Nya dan memenuhi tanggungjawab kepada-Nya.

"Apakah manusia mengira, bahwa dia akan dibiarkan sia-sia?" (al-Qiyamah: 36)

Berkata Imam Syafi’i (ketika menafsirkan ayat ini): “Makna sia-sia adalah tanpa ada perintah, tanpa ada larangan.” (Tafsirul Quranul Karim, Ibnu Katsir, jilid 4, cet. Maktabah Darus Salam, 1413 H hal. 478) .

Ayat ini sudah dijawab oleh Allah swt dengan ayat yang lain apabila Allah menyebut : "Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepada-Ku." (adz-Dzariyat: 56).

Penciptaan manusia ini sememangnya untuk beribadah dan menjalankan kewajipan kepada Allah swt tanpa mempedulikan apa pandangan manusia dan penghinaan yang diterima.
Seseorang yang akan mati maka tetap akan mati tetapi hendaklah berusaha mencapai kematian yang baik. Bagaimanakah kematian yang baik ? Apakah mati di atas tilam dalam pelukan isteri ? Mati di Mekah di dalam Ka'bah atau mati di dalam Masjid ? atau Mati di dalam loji najis atau mati di dalam Kereta kerana kemalangan atau di atas katil kerana sakit atau di atas jalan kerana ditembak oleh musuh Allah ??
Kematian yang baik ialah apa yang disebutkan oleh Allah swt di dalam kitab-Nya : "Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kalian kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kalian mati melainkan kalian mati dalam keadaan Islam". (Ali Imran: 102).

Selama kematian itu dalam Islam dan kerana Islam maka tidakah mengapa keadaan mati itu kerana bukan cara mati itu baik digantung, ditembak, dibunuh, kemalangan itu yang menjadi perkiraan sebaliknya keadaan diri dan iman dan agama kita sewaktu mati itu yang menjadi nilaian Allah swt.

Wednesday, January 26, 2011

UiTM di hatiku


Kenangan dan Pengalaman yg terbaik disini menjadikan AKU manusia yg lebih berfikir, positif dan mencari kebenaran yang benar iaitu ALLAH SWT.
UiTM SHAH ALAM 1998-2001
Faculty of MassCommunication
Degree in MassCommunication (Hons)(BROADCASTING)

HUZAIMI ZAINI graduate from UiTM - 2001


UiTM DI HATIKU
Wujudmu di sini di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putra-putrinya
Pelopor hidup, budaya bangsa, agama, negara
Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna

Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki Tunjukkan aku jalan ilmuMU untukku menuju Destinasi cita-cita negara dan bangsaku

Majulah bangsa Maju negara Berkat usaha jaya MARA Kami berikrar akan berjasa Hingga kita Berjaya...demi bangsa

Watikah yang ku miliki kan ku semat di hati
Janjiku pada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
Doa restu ayah bonda ku untuk mu semua
UiTM...Usaha Taqwa Mulia

DAMAI


Hari ni aku memulakan kehidupan dengan kewajipan SUBUH dua rakaat kerana ALLAH taala. Seperti biasa rutin harianku pada tahun 2011 ni hantar anak kesekolah. Tapi hari memang kurasa kenikmatan damai itu. walaupun hari Rabu bg aku adalah hari yang agak busy. sbb kena ke USIM nilai utk sesi pengajaran. Namun ALLAH maha kaya , jika kita yakin dengannya INSYAALLAH terusunlah jadual kehidupan kita.

"TQ ALLAH atas segala keizinan dan kemudahan yang kau berikan"

Masih ada lagi 13 orang student aku yang belum dapat tajuk assignment. So lpas cuti raya Cina nak kena bagi. So kena fikir fikirkan tajuk tajuk tu. Dan rasanya nak cari tajuk yg lebih membuka minda dan pengalaman. barulah jadi student Islam yang mantap.

Unit Kebudayaan USIM masih lagi memberi kepercayaan kpd diri ini untuk terus menjadi Jurulatih kumpulan nasyid USIM. Alhamdulillah. atas kurniaan dan keizinannya juga. Dan harap harapnya pencapaian tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Insyaallah. Moga DIA mempermudahkan lagi usaha usaha murni ini. Minggu depan cuti pertengahan semester dan cuti Raya Cina. so x de class dan latihan. Tapi nak buat persediaan dan perancangan yang lebih baik . Insyaallah dipermudah dan diperkemaskan.

BUKIT TINGGI 2010



Menarik juga tempat ni. "damai yang dirasa melihat warnanya, tenangnya dimindaku......" aku ngan isteri dan anak comey tersayang. Satu hari lepak kat sini memang releaseeeeeeeeeeeee.

Tuesday, January 25, 2011

Wants to know a good diet, a balanced life? Most importantly, how healthy you are? Thanks to Nestle, take the profile test to improve your well-being. #NestleProfiler

Wants to know a good diet, a balanced life? Most importantly, how healthy you are? Thanks to Nestle, take the profile test to improve your well-being. #NestleProfiler

KUPOHON

Januari sudah hampir tiba ke penghujungnya. "Februari muncul kembali......." bait lirik daripada nyanyian Alleycats. Kumpulan yang ROCKUMENTARY 40 tahun mereka , aku yang aturkan pembikinannya. Pengalaman yang amat berharga. Namun apa pun mereka sudah mengecapi kegemilangan bukan sahaja di negara sendiri , malah di negara orang.

Apapun ISTIQAMAH dalam perjuangan harus diteruskan. Menyelamat umat, generasi muda adalah tanggungjawab yang perlu dilunaskan. KEYAKINAN hanya pada DIA mampu merealisasikan apa yang digelar cita cita atau impian. Bukan di dunia tapi di destinasi terakhir kita semua iaitu akhirat. Masa berlalu pantas, teknologi mengatasi segalanya. Kadang kadang terlintas di fikiran bagaimana akan jadi jika manusia hidup tanpa teknologi ?. Namun itu bukan kuasa kita hanya manusia yang bergelar hamba, kaya ke, handsome ke, mewah ke, kita semua sama sahaja kita adalah HAMBA. Segala yang kita nikmati hari ini, esok atau mungkin 20 tahun lagi hanyalah pinjaman. Sekadar menikmati dan bukan memiliki.

Mampukah kita mengubah minda dan gaya hidup ? itu bukan kerja kita. Itu urusan ALLAH. Kita adalah khalifah yang diutuskan sebagai wakil untuk menyebarkan kebaikan di muka bumi ini. Ketentuan ditanganNYA. Tanggungjawab, perlu direncana dan dilaksana. InsyaALLAH, DIA pasti bersama kita seperti bait bait lagu nukilan kak CHAH atau HABSAH HASSAN -
"Kerana Doa Ku kembali ke pangkalanku, Tak sesaat kau biarku keseorangan, Tak sesaat pintaku jadi bebanan, Ku percaya diri ini memerlukan .........." bakal dimuatkan dlam album terbaru NOWSEEHEART. Tapi apa yang penting, terkesannya lirik tersebut pada diri aku. ALLAH tak pernah tinggalkan kita walaupun sesaat. Susah, senang,gembira, sedih DIA tetap bersama kita. Cuma kita yang menjauhkan diri dariNYA. apa yang kita pinta tidak pernah satupun terhutang. cuma cepat atau lambat, bergantung kepada ketaatan, keyakinan kita terhadap ILLAHI

"SUBHANALLAH............yang maha bijaksana, maha pengasih, maha penyayang dan maha mengetahui. Ku pohon padamu agar kau permudahkanlah urusanku denganmu, urusanku sesama manusia dan urusanku sesama makhluk. kau permudahkanlah urusan rezekiku, dan kau permudahkanlah jalan untukku menuju redhamu"

Monday, January 24, 2011

NOWSEEHEART - KEMBALI

Dapatkan album baru NOWSEEHEART dengan harga promosi RM 25 termasuk kos penghantaran.
Sila SMS kan NAMA PENUH dan ALAMAT anda ke 0132675552.
Pembayaran ke akaun MAYBANK - Mohd Huzaimi b. Mohd Zaini - 164351048933

Juga utk tempahan persembahan NOWSEEHEART boleh hubungi CHE ZEM di talian 0132675552.

Thursday, January 20, 2011

What's better than starting my 2011 with a superb deal from #CelcomEveryone? The Blackberry 9780 is so gonna be mine!

What's better than starting my 2011 with a superb deal from #CelcomEveryone? The Blackberry 9780 is so gonna be mine!

NASYID KO_K

Hari Rabu 19 januari 2011.

hari Rabu memang dalam jadual ialah hari untuk menabur bakti kepada anak bangsa dan agama di Universiti sains Islam Malaysia (usim).

2.30 ptg - 4.30 ptg - Subjek Ko-Kurikulum Nasyid. Seperti biasa diawal semester ni biasanya 2-3 minggu awal ni aku lebih suka bersembang sembang dan bertaaruf. Jadi minggu ni student aku ada 39 orang memperkenalkan diri masing-masing. "Dulu sekolah mana" adalah antara perkara yang aku tunggu , sbb kdg kdg aku tak pernah tahu pun sebenarnya banyak sekolah menengah agama yang ada kat Malaysia ni. ALHAMDULILLAH.

Tapi malangnya, student student Tahun 1 ni mmg seperti yang aku jangka. Pasif, masih lagi BLURR, masih lagi duduk di dalam KOTAK sekolah agama. Ermmmmm......SO mmg itula tugas aku kena keluarkan diaorang ni dari KOTAK diaorang duduk tu, HUIIIIII......tugas berat bro. Tp aku kena bantu diaorg semua supaya generasi akan datang adalah generasi yang TERBAIK untuk AGAMA dan UMAT. Supaya kita tidak selalu menjadi org yang ketinggalan dan last sekali kena pijak.

7 K.I atau 7 KEMAHIRAN INSANIAH adalah misi utama aku utk semua student aku. Nasyid pun mesti kena ajar jugak supaya diaorg ni tau appreciate muzik yang aku dan NOWSEEHEART perjuangkan. Aku rasa Dah ahampir 4 TAHUN aku mengajar di PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INSANIAH USIM ni dulu dipanggil PUSAT KOKURIKULUM......ALHAMDULILLAH hampir 300 orang student aku kat sini. DI DOAKAN supaya mereka akan sentiasa out of the BOX , kreatif, Inovatif, Positif dan Beramal Soleh.

7 KI ni mmg wajib utk semua IPTA implement kpd student mereka. Bagus dan aku sgt sgt bersetuju dengan idea ni. Cuma dikelas, aku banyak relatekan 7 kemahiran ni dengan lebih 11 tahun pengalaman aku bekerja d luar dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang aku rempuhi.

Balik kepada taaruf student aku tadi.....rupa rupanya hampir 80% yang masuk ke USIM ni tidak dapat bidang yang mereka minat. Ada yang minat akaun dapat Quran Sunnah. Walau apapun pesanan dan peringatan aku kpd diaorg ialah BERSYUKURLAH sbb anda dapat masuk UNIVERSITI. Sbb ada beribu org kat luar yang x dapat masuk U. so redha dengan apa yg ada dan focus sampai habis. apa yg anda minat boleh juga belajar sambilan semasa masih dalam universiti ni. OK ?


HUZAIMIZAINI

Tuesday, January 18, 2011

My way of re-energizing my day is a large cup of #MiloFuzeJamPack and playing this crazy addictive game. I want to get the high score to win iPod Shuffle!

My way of re-energizing my day is a large cup of #MiloFuzeJamPack and playing this crazy addictive game. I want to get the high score to win iPod Shuffle!

2011.....

Permulaan yang agak lembap. Pelbagai ujian dan rintangan kulalui di JANUARI 2011. Namun ALLAH masih tetap masih bersamaku. Memberiku nikmat yang tidak terhingga, HIDAYAH menginsafi diri yang kurasakan kosong hampir berbelas tahun tanpa arah dan tujuan. Kini dengan keizinanmu kuingin menyusun langkah mencongak kemungkinan dan bertawakkal serta berdampingan denganMU YA ALLAH.......

click