CLICK CLICK

PAKCIX Google

Thursday, July 18, 2013

RezekiRAMADHAN.

Ramadhan Kareem.....bulan yg dinanti nantikan oleh seluruh umat ISLAM. Di bulan inilah segala galanya akan jadi berlipat ganda. Bulan rezeki......bila sebut bulan rezeki, biasanya di bulan Ramadhan inilah artis artis nasyid akan menerima jemputan persembabahan hampir boleh dikatakan setiap selang satu hari...he he he he......
Alhamdulillah NOWSEEHEART Ramadhan kali ini masih lagi menerima undangan persembahan di majlis majlis berbuka puasa @ IFTAR dan juga bazar bazar Ramadhan. Ha ...rasanya masih belum terlambat nak kongsikan jadual persembahan NSH kot....

Antaranya :

12 Julai 2007 - majlis berbuka puasa dan rakaman DIVA @ 1 raya d ROYAL CHULAN HOTEL
17 Julai 2007 - Persembahan di Majlis Berbuka Puasa PNS ( Perb adanan Nasional Berhad d Masjid Rahah Kg Kerinchi
23 Julai - Persembahan di Majlis berbuka puasa dan rakaman MELODI RAYA d PWTC
25 Julai - Persembahan di Majlis berbuka Puasa IPTB Sdn Bhd d Corus Hotel
26 Julai - Persembahan di Surau Saujana Utama
27 Julai - Persembahan di Iftar Alumni UNISZA d PUTRAJAYA
28 Julai - Persembahan di Wisma KRAFTANGAN MALAYSIA jalan Conlay
29 Julai - Persembahan Majlis Berbuka Puasa di JW MARRIOT HOTEL
2 Ogos - Persembahan d majlis berbuka puasa ATSB shah alam

Setakat ini sahaja yg dapat saya infokan. 

Bulan rezeki.....namun begitu kini nasyid adalah sudah tidak lagi menjadi pilihan utama seperti dulu. Ini kerana ada juga artis artis lain yg juga menyanyikan lagu lagu ketuhanan mereka juga kdg kdg menjadi pilihan kpd pihak pihak korporat untuk jemputan persembahan. Apa pun rezeki masing masing. Cuma saya nak berpesan kpd semua penggiat nasyid.....tingkatkan kualiti dalam persembahan dan penerbitan lagu. agar lagu lagu dakwah ini sentiasa dimainkan di corong corong radio tempatan.......Moga ramadhan ini adalah yg terbaik buat semua ....

Monday, July 8, 2013

MAAFKAN AKU

MAAFKAN AKU.........aku bersalah aku berdosa , selalu mengingkarimu, kanku derita kan ku sengsara tanpa kemaafanmu.....
ANTARA bait bait lirik lagu single terbaru NOWSEEHEART. Alhamdulillah akhirnya berjaya disiapkan lagu juga muzik video MAAFKAN AKU. Lagu dan lirik adalah karya AZAHARI NOWSEEHEART. Sedikit kelainan serta perkara baru yg kami tonjolkan dlm lagu maafkan aku ini. Mungkin sekali dengar atau pertama kali mendengar ia tidak seperti lagu nasyid biasa. Video muzik nya pun agak berbeza dari biasa. 
Namun itulah konsep yg NSH ingin tonjolkan. Memberitahu bahawa nasyid adalah Universal. Untuk menarik lebih ramai minat kepada industri muzik positif ini. DOAkan NSH berjaya. Berani kerana Benar. Perubahan perlu diledakkan supaya ia setanding dgn MUzik yg ada. Terimalah MAAFKAN AKU......

Wednesday, May 8, 2013

4 BULAN SUKU PERTAMA

Assalamualaikum,
Lama rasanya tidak menghantar sebarang makluman @ maklumat di blog ini. 4 bulan suku pertama 2013 sudah pun berakhir. Pelbagai cerita yg nak dikongsikan . mungkin akan saya perincikan satu persatu insyaallah. Antara yang saya nak kongsikan ...paling hangat ialah ALBUM TERBARU NOWSEEHEART, Bulan PERTANDINGAN NASYID, 25tahun SMAKL, Permulaan HUZAIMI ZAINI ACADEMY dan paling terhangat ialah PRU 13 !!!!!

Apapun tahun ini bagi saya ialah tahun yang mungkin akan banyak perkara serta perubahan yg baru akan berlaku. Mungkin ? kerana kita hanyalah manusia yg bisa merancang namun TUHAN jua yang menentukan.
Buat semua sahabat sahabat dan kenalan baik yg baru mahupun yang lama, MISI saya tahun ini mungkin lebih besar dengan beberapa PENJENAMAAN yg saya fikir itu adalah IDEA terbaik untuk menjadi yang terbaik. 

Perlu bermula walaupun belum ada perancangan yang teliti dan rapi. Nantikan perincian saya terhadap topik topik di atas........perkongsian saya agar Umat ISLAM akan lebih bijak berfikir dan generasi muda menjadi generasi yg lebih baik utk kemajuan ISLAM. Ini senario dan perkembangan yg berlaku utk 4 bulan yang lalu.........................HZA
www.facebook.com/HuzaimiZainiAcademy

Monday, February 18, 2013

DuaRibuTigaBelas.

Semakin lama semakin meningkat usia......sedar tak sedar kini kita sudah berada di penghujung FEBRUARI 2013. Lama sudah aku tidak menulis atau 'update' blog ini. Manusia......memang ada semangat yg sangat tinggi. Tetapi malangnya. Usaha tidak sama tinggi dengan semangat.
Apa pun syukur kupanjat ke hadarat ILLAHI kerana masih diberi nikmat bernafas. Yang paling penting masih diberi ruang dan peluang untuk memperbaiki kesilapan dan kesalahan lalu. Muhasabah dan Taubat......TQ ALLAH.
Ku pohon agar tahun ini (2013) adalah tahun yang lebih cemerlang buat diriku dan semua. Cemerlang dari semua sudut mencakupi dunia dan akhirat. Sekali lagi syukur kpd ALLAH TAALA kerana beberapa kejayaan dapat aku kecapi pada tahun lepas 2012.
Kejayaan sebagai seorang jurulatih Nasyid setelah hampir 12 tahun berkecimpung di bidang Kejurulatihan nasyid ini. BERKAT SABAR & USAHA yg JITU. Kubuktikan bahawa USAHA ADALAH TANGGA KEJAYAAN. MINAT mengatasi segalanya.

Antara Kejayaan ......... tapi masih banyak yang perlu dipertingkatkan dan dibaiki....antara Kejayaan buat team team nasyid yang aku LATIH ialah :-

1. JOHAN festival nasyid Negeri Sembilan.Kategori Tradisi  (INTRACKSEE from USIM)
2. JOHAN festival nasyid Negeri Sembilan Kategori Moden (AZRA from USIM)
3. KEEMPAT festival nasyid Kebangsaan. Kategori Tradisi (INTRACKSEE from USIM)
4. NAIB JOHAN festival nasyid Negeri Perak. Kategori Moden (POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH)
5.JOHAN festival nasyid sekolah W.Persekutuan. Zon Bangsar (MAKTAB TENTERA DIRAJA)
6. JOHAN festival nasyid IPTA (FENU 12) (INTRACKSEE from USIM)
7. KETIGA festival nasyid IPTA (INTRACKSEE from USIM)

bersama INTRACKSEE & AZRA @ Festival Nasyid Kebangsaan 2012 -SABAH

ini antaranya la. apa pun SYUKUR ALHAMDULILLAH. ni semua ujian dan x perlu rasa selesa dengan kejayaan yg diberi.....

click