CLICK CLICK

PAKCIX Google

PROFILE & PENCAPAIAN

HUZAIMI ZAINI
Penyanyi NOWSEEHEART, bergiat aktif dalam industri nasyid tanahair. Trainer dan Penceramah Motivasi, Penerbit album POSITIVE, Jurulatih nasyid,Pencipta Lagu dan Lirik Nasyid, CEO - ANUGERAH ENTERTAINMENT, Pengasas HUZAIMIZAINIacademy, 


FULL PROFILE/JOB SCOP/ ACHIEVEMENT
MOHD HUZAIMI BIN MOHD ZAINI
21 JUN 1977
PERAK


PENDIDIKAN
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) (Penyiaran)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SHAH ALAM (2001)


Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( 4 principal)
SEKOLAH MENENGAH AGAMA KUALA LUMPUR ( 1996)



PENGENALAN

Komited, disiplin serta mempunyai minat yang mendalam di bidang latihan dan motivasi ,pengurusan penyiaran radio atau tv , pengurusan artis dan acara adalah ciri utama saya ,serta pengalaman yang luas di bidang pengurusan menjadikan saya berminat serta layak untuk menyertai syarikat Tuan/puan
Ø  Mempunyai kemahiran dalam menyusun jadual sesebuah program penyiaran.
Ø  Memiliki kemahiran komunikasi di semua peringkat dan lapisan masyarakat.
Ø  Mahir di dalam pengucapan awam juga konsultansi.
Ø  Pengetahuan dan pengalaman yang luas di bidang penyiaran dan pengurusan latihan.
Ø  Memiliki kemahiran memimpin dan juga bekerja di dalam satu pasukan.
Berkemampuan untuk mewujudkan serta menghasilkan idea idea baru, kreatif dan inovatif dalam menaikkan kualiti serta pencapaian syarikat ke tahap yang lebih tinggi



visi & mISI


Saya adalah seorang individu yang terlalu komited dengan bidang pendidikan,hiburan amnya dan pengurusan khususnya.  Saya suka bekerja di bidang yang melibatkan idea, kreatif serta perancangan yang rapi dalam mendidik serta menghiburkan khalayak.  Justeru itu saya berpendapat bahawa bidang yang saya pilih ini adalah bidang yang betul betul boleh menyempurnakan visi dan misi saya dalam mencapai cita cita sebagai seorang Pengarah Kreatif. Dengan pengalaman saya hampir tujuh tahun dalam bidang ini saya yakin dan mampu untuk terus berusaha memberikan idea idea kreatif dalam menyediakan yang terbaik untuk setiap pendengar.Selama tujuh tahun saya telah didedahkan dengan pelbgai penyusunan program, kehendak audien, idea idea kreatif serta pengurusan yang efektif, dengan pengalaman pengalaman ini saya yakin yang saya mampu menggalas jawatan yang ditawarkan ini.  
kualiti
Sikap berani mencuba adalah kualiti yang ada pada diri saya. Suka bekerja di khalayak, minat yang mendalam untuk mendapatkan seramai mungkin kenalan. Boleh berkerja dalam satu pasukan. Bekerja dengan perancangan dan juga kualiti pengurusan masa.
PENGALAMAN

Anggota Kumpulan NOWSEEHEART (1996 – sekarang)

  • Penyanyi kumpulan NOWSEEHEART
  • Telah menghasilkan 4 album WAHYU PERTAMA, BERJALAN MELIHAT DAN MENTAFSIR, SELAWAT 10 HAJAT & JALAN SEHALA

Pencapaian :

  • Memenangi Anugerah Kumpulan Baru terbaik di AIM 2000
  • Memenangi Anugerah Vokal Berkumpulan terbaik di AIM 2002
  • Memenangi Anugerah Persembahan Terbaik di ANUGERAH CARTA NASYID IKIM 2004
  • Memenangi Anugerah Album Nasyid Terbilang di NMI 2006


BIDANG TUGAS / KEMAHIRAN / PERKHIDMATAN


Perunding Latihan/ Motivator/Trainer


         Memberi perundingan kepada syarikat syarikat swasta dan kerajaan dalam menyusun serta menjalankan sesuatu program latihan dan motivasi.
          Penceramah Motivasi dan Jurulatih untuk program Sekolah , IPT dan Korporat.
          Memberi nasihat tentang harga harga serta bajet tertentu kepada pelanggan dalam melaksanakan sesuatu program latihan
          Panel pembikinan modul Membuat serta menyediakam kertas cadangan bagi bagi sesebuah program latihan yang hendak dijalankan.
          Memberi serta memastikan khidmat rundingan yang tebaik dalam menjaga hubungan dengan pelanggan.



Pengajar Sambilan di Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah USIM
          Memberi pengajaran dan pengalaman kepada para pelajar USIM dalam memantapkan kemahiran Insaniah (SoftSkill)
          Panel pembikinan modul Membuat serta menyediakam kertas cadangan bagi sesebuah program latihan yang hendak dijalankan.
          Memastikan kemahiran insaniah para pelajar USIM adalah yang terbaik untuk melahirkan pelajar yang kreatif, positif dan inovatif.

Pengurus & Perunding Acara
          Memberi perundingan kepada syarikat syarikat swasta dan kerajaan dalam menyusun serta menjalankan sesuatu acara.
          Memberi nasihat tentang harga harga serta bajet tertentu kepada pelanggan dalam melaksanakan sesuatu majlis.
          Mencadangkan kepada pelanggan tentang pengurusan majlis yang efektif serta tersusun.
          Membuat serta menyediakan kertas cadangan bagi bagi sesebuah majlis yang hendak dijalankan.
          Menyusun serta menyediakan pelan utama atau skrip perjalanan sesebuah konsert atau majlis.
          Memberi serta memastikan khidmat rundingan yang tebaik dalam menjaga hubungan dengan pelanggan.
          Tugas dan tanggungjawab yang lain akan dilakukan mengikut arahan pihak pengurusan.



 Pengurus Penerbitan & Penolong Pengarah



          Mengurus serta menyusun segala perancangan dan jadual penerbitan sesebuah rancangan TV
          Menyelia dan memantau semua bidang  tugas krew krew produksi di lokasi penggambaran          Terlibat dalam menyediakan kertas cadangan bagi sesebuah program TV.
          Menyusun dan mengolah perjalanan sesebuah program. (Running Order)
          Menyusun serta berhubung dengan pihak artis, pemuzik dan pelakon dalam menjalankan sesuatu program.          Menyediakan kertas cadangan bajet  yang perlu bagi sesebuah program.
          Mempunyai hubungan yang baik dengan Unit Hiburan RTM, Unit Radio RTM dan rakan media yang lain.
          Telah terlibat menghasilkan hampir 20 program TV berbentuk Hiburan,Telemovie,Gameshow dan Kanak-kanak.
          Antaranya DJ@2 (rancangan berkonsepkan konti radio di TV), RELAKS (rancangan hiburan yang menggabungkan pelbagai jenis hiburan dalam satu ranvangan),Klasik (rancangan lagu-lagu lama dari era 1950 an – 1980 an), JAZ (rancangan hiburan lagu lagu jaz melayu), REGU (gameshow bahasa isyarat), BERCUTI BERHATI HATI ( gameshow undang-undang jalanraya) dan program lagu kanak kanak. Juga telemovie KHAS Hari Raya


Pencapaian:
         Rancangan RELAKS telah memenangi Anugerah Rancangan Hiburan TV terbaik di Majlis ANUGERAH SERI ANGKASA 2005
         Rancangan DJ@2 telah memenangi Anugerah Rekaan Set TV terbaik di Majlis ANUGERAH SERI ANGKASA 2006
          Menyusun dan merancang segala susur galur penerbitan Rockumentary ALLEYCATS 40 tahun.
          Melakukan penyelidikan mengenai ALLEYCATS dari mereka bermula hinggalah sekarang.
          Rockumentary ini diterbitkan untuk UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA sempena 40 tahun ALLEYCATS.
          Menyediakan skrip skrip soalan untuk temuramah sejarah serta pengalaman bersama ALLEYCATS
          Menyediakan kertas cadangan untuk trailer pendek promo TV , untuk ASYIK FM , sebuah siaran radio untuk orang asli.
          Pengarah bagi penggambaran promo untuk ASYIK FM.



click