CLICK CLICK

PAKCIX Google

Monday, March 7, 2011

BULAN PERTANDINGAN NASYID

Bulan MAC ni aku dapat tugasan melatih Team Nasyid SK Sg Buloh utk pertandingan MTQ antara sekolah Selangor. Alhamdulillah aku berjaya mencipta satu lagu baru dan melatih adik adik kecil berbakat besar yang perlu didedahkan dengan keberanian serta minda utk menyalurkan bakat kejalan yang benar.

Aku hanya ada 5 hari utk sesi latihan. Tp atas kerjasama Team nasyid , Ustz Faizal dan guru guru sekolah tersebut Insyaallah membuahkan hasil yg baik. Usaha dan tawakkal. Semua adalah ketentuan Tuhan. Hanya panjatkan doa buat mereka mencapai kejayaan INSYAALLAH.

Team Nasyid USIM : intracksee pula akan bertanding di FENU Uitm 2011,pd 12 mac dan di UKM pada 19 mac 2011, tugas yang agak berat kerana perlu mengekalkan piala pusingan yang pernah mereka menangi tahun lepas. INSYAALLAH dgn idea dan pengalaman yg ALLAH beri akan ku cuba sedaya upaya utk mengekalkan reputasi cemerlang. Dgn berkat usaha dan komitmen yg tinggi dari ahli ahli INTRACKSEE dan USIm , ku memohon doa agar kecemerlangan akan memihak kepada INTRACKSEE sekali lagi INSYAALLAH.

Dan tean nasyid pelajar perempuan USIM : AZRA juga akan memasuki pertandingan di UKM. Team baru, semangat baru . Tidak menaruh harapan yang tinggi, tetapi lebih kepada mahu memberi pengalaman dan keberanian kepada student student ku ini. Tapi rezeki ALLAH yang beri. Kalau degn keizinan dia kejayaan adalah rezeki AZRA. ALHAMDULILLAH.

Banyakkan berdoa, tawakkal dan yakin dgn DIA insyaallah........AMIN

CERAMAH MAC

Alhamdulillah, pada 5 Mac lalu aku diberi peluang utk menyampaikan ceramah kepada hampir 200 pelajar dari Sekolah Berprestasi Tinggi iaitu Sekolah Menengah Sains Seri Puteri. Di Kem Sri raudhah Gombak.

Pengalaman yang menarik dan mengujakan bila dapat berkongsi pengalaman bersama pelajar pelajar cemerlang dan terpilih dari seluruh malaysia.

Tajuk ceramah "MENGHARGAI DAN DIHARGAI" satu topik yang agak sukar juga nak dikupas dan disampaikan. namun dgn keizinan dari ALLAH SWT , alhamdulillah aku berjaya sampaikan. Siap terlebih masa sudah.

TQ . JO dari Kem Seri Raudhah kerana beri kepercayaan kepada saya utk menyampaikan ceramah ni. Apa apa pun kita mestilah sentiasa MENGHARGAI setiap kurniaan ALLAH. Jika kita sentiasa menghargai INSYAALLAH kita akan dihargai.

Dan adalah lebih baik apabila kita MENGHARGAI sesuatu atau seseorang , kita tidak mengharapkan pembalasan dari apa yg kita lakukan sebagai penghargaan itu.

Sentiasa positif dgn apa yg kita lakukan kerana semuanya milik ALLAH dan hanya datang daripada DIA.

click