CLICK CLICK

PAKCIX Google

Thursday, January 20, 2011

NASYID KO_K

Hari Rabu 19 januari 2011.

hari Rabu memang dalam jadual ialah hari untuk menabur bakti kepada anak bangsa dan agama di Universiti sains Islam Malaysia (usim).

2.30 ptg - 4.30 ptg - Subjek Ko-Kurikulum Nasyid. Seperti biasa diawal semester ni biasanya 2-3 minggu awal ni aku lebih suka bersembang sembang dan bertaaruf. Jadi minggu ni student aku ada 39 orang memperkenalkan diri masing-masing. "Dulu sekolah mana" adalah antara perkara yang aku tunggu , sbb kdg kdg aku tak pernah tahu pun sebenarnya banyak sekolah menengah agama yang ada kat Malaysia ni. ALHAMDULILLAH.

Tapi malangnya, student student Tahun 1 ni mmg seperti yang aku jangka. Pasif, masih lagi BLURR, masih lagi duduk di dalam KOTAK sekolah agama. Ermmmmm......SO mmg itula tugas aku kena keluarkan diaorang ni dari KOTAK diaorang duduk tu, HUIIIIII......tugas berat bro. Tp aku kena bantu diaorg semua supaya generasi akan datang adalah generasi yang TERBAIK untuk AGAMA dan UMAT. Supaya kita tidak selalu menjadi org yang ketinggalan dan last sekali kena pijak.

7 K.I atau 7 KEMAHIRAN INSANIAH adalah misi utama aku utk semua student aku. Nasyid pun mesti kena ajar jugak supaya diaorg ni tau appreciate muzik yang aku dan NOWSEEHEART perjuangkan. Aku rasa Dah ahampir 4 TAHUN aku mengajar di PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INSANIAH USIM ni dulu dipanggil PUSAT KOKURIKULUM......ALHAMDULILLAH hampir 300 orang student aku kat sini. DI DOAKAN supaya mereka akan sentiasa out of the BOX , kreatif, Inovatif, Positif dan Beramal Soleh.

7 KI ni mmg wajib utk semua IPTA implement kpd student mereka. Bagus dan aku sgt sgt bersetuju dengan idea ni. Cuma dikelas, aku banyak relatekan 7 kemahiran ni dengan lebih 11 tahun pengalaman aku bekerja d luar dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang aku rempuhi.

Balik kepada taaruf student aku tadi.....rupa rupanya hampir 80% yang masuk ke USIM ni tidak dapat bidang yang mereka minat. Ada yang minat akaun dapat Quran Sunnah. Walau apapun pesanan dan peringatan aku kpd diaorg ialah BERSYUKURLAH sbb anda dapat masuk UNIVERSITI. Sbb ada beribu org kat luar yang x dapat masuk U. so redha dengan apa yg ada dan focus sampai habis. apa yg anda minat boleh juga belajar sambilan semasa masih dalam universiti ni. OK ?


HUZAIMIZAINI

No comments:

click