CLICK CLICK

PAKCIX Google

Friday, January 28, 2011

BY HEART CLAN


Assalamualaikum. Semalam alhamdulillah diizinkan Allah saya dipertemukan dgn wakil dari BY HEART CLAN. atau BHC. Perbincangan dan perkongsian yg menarik. Mereka ni adalah gabungan group group nasyid generasi muda yg ingin mengubah cara penyampaian dan konsep muzik dakwah kepada yang lebih moden serta lebih sesuai mengikut peredaran masa. Dan mereka juga tidak menggelarkan group group mereka sebagai kump nasyid, tp lebih kepada nyanyian yang mempunyai mesej positif lebih ttg ketuhanan, kasih sayang, kemanusiaan dan kematian. Saya sebagai org lama merasakan mereka ini perlu diberi sokongan dari segi mental dan juga semangat utk terus memperjuangkan bidang seni dakwah. kerana mereka adalah generasi yang bakal menggantikan generasi yang awal. Biar mereka keluar dengan konsep baru, segar dan bertenaga. yang penting niat dan perjuangan mestilah betul. Akhlak dan ibadah perlu dijaga. Syariat jangan dipinggirkan. Insyaallah saya akan membantu sedaya upaya saya dari bentuk idea, tenaga dan sokongan yang Insyaallah BHC akan terus maju dengan gaya,matlamat dan caranya yang tersendiri. TQ to PITO & PIMP for jemputan perbincangan dan perkongsian serta jemputan ke BY HEART CLAN.

Jom ramai ramai LIKE page BY HEART CLAN di facebook

BY HEART CLAN ialah....

-persaudaraan sedarah,sehati,sejiwa...
-ilmu dikongsi utk kejayaan dan kecemerlangan pembangunan..
-kreativiti berkarya bukan sekadar minat,ttp sbg usaha daawah..
-bersama dalam kepayahan..bersama dalam kesenangan..
-saling membantu sesama ahli..
-menghormati idealisme setiap kumpulan tanpa rasa rasis dijiwa..

Islam dijunjung,Allah di takuti,Muhammad diikuti,Quran dijiwai,Sunnah dirasai..

1 comment:

azlishukri said...

salam, blog tuan sudah dipaut dalam myblog list II

click