CLICK CLICK

PAKCIX Google

Monday, July 2, 2012

FORMULA....

Bila kita sebut pasal formula sudah pasti akan terbayang perkara perkara yg berbentuk kira kira ataupun sains. Tp di masa kina semua perkara atau kehidupan kita sendiri sangat memerlukan FORMULA.


FORMULA kebahagiaan, cemerlang, jauh dari hutang dan sebagainya. apa pun FORMULA yg ada tp jika disiplinnya tidak ada maka FORMULA sehebat mana pun tidak akan berjaya.


FORMULA mungkin sangat hebat tp malangnya ISTIQOMAH x wujud pun tak jadi juga. Namun disini saya nak cerita pulak FORMULA dlm melahirkan satu kumpulan nasyid yg mempunyai disiplin secara keseluruhan. 


Selama hampir 16 tahun saya menjebankkan diri ke dalam bidang nasyid yg sudah sebati dengan diri, berpuluh mungkin beratus kumpulan nasyid yang muncul bersilih ganti. Namun kemanakah mereka......akhirnya yg kita lihat nama nama Kumpulan nasyid yg sama sahaja. Untuk melahirkan sebuah kumpulan nasyid yg baik samada di peringkat sekolah, IPT,badan korporat/kerajaan, persendirian atau pertubuhan ada beberapa perkara penting yang perlu ada. 


1. KENAPA ?
    Sudah pasti banyak kumpulan nasyid tujuan digabungkan atau ditubuhkan adalah atas dasar untuk menyertai pertandingan atau utk persembahan di peringkat sekolah dsb. saya sendiri memulakan kerjaya seni nasyid ini sebagai ahli kumpulan nasyid sekolah. Di zaman saya sekolah pertandingan nasyid x seperti sekarang banyak pertandingan. Dari pertandingan mulanya , nasyid semakin berkembang maju, kelahiran NADAMURNI,THE ZIKR dan saya mengirak langkah bersama teman yg lain melahirkan album SUARA SMAKL......


Tp itulah tujuannya yg utama pada masa itu. Tetapi jika suntikkan beberapa elemen seperti disiplin, ukhwah, team spirit, perjuangan, dakwah, positif, bakat dll...(perlu dihuraikan dlm sesi bengkel nasyid) insyaallah ....rasa atau feel nya akan berbeza. 


Jika tujuan penubuhan sesebuah kumpulan itu berlandaskan elemen elemen yg berkenaan, maka akan timbul pula rasa tanggungjawab terhadap agama, sekolah atau organisasi yg diwakili untuk kita berikan yang terbaik. Kerana ISLAM sukakan yg terbaik dan yg terindah. Indahnya sesebuah kumpulan nasyid ini ialah bila wujudnya suara berharmoni yg menonjolkan peranan setiap individu dalam kumpulan sehingga lahirnya pelbagai lapisan suara. Setiap individu akan melahirkan suara yg berbeza beza ....tp bila digabungkan ia menjadi sangat harmoni. Kalau istilah yg saya selalu guna ialah CHEMISTRY yg betul akan menghasilkan keputusan yg TERBAIK.....


Banyak lagi FORMULA yg akan dikongsikan INSYAALLAH..........BERSAMBUNG


Akan Datang..........


 NASYID datang dari HATI


[utk jemputan EN HUZAIMI ZAINI mengadakan sesi BENGKEL NASYID boleh hubungi 0132675552]

No comments:

click