CLICK CLICK

PAKCIX Google

Friday, July 6, 2012

FORMULA samb......

2. KOMITMEN DARI SEMUA PIHAK

Bila kita bicara tentang komitmen. Setiap manusia ada komitmen wajib setiap hari. Iaitu solat Lima waktu. Memerlukan komitmen yg sangat tinggi. Justeru itu adalah tidak mustahil jika kita ingin melihat lahirnya kumpulan nasyid yg bagus dan boleh bertahan lama, ini adalah komitmen yg sangat jitu dan padu.

Jika ada bakat , minat dan ditambah dengan komitmen yang tinggi Insyaallah hasilnya pasti yg terbaik. tetapi jika ada ahli yg berbakat , malangnya komitmen sangat teruk. Baik darpda awal kita abaikan sahaja. Kerana ia akan menjadi punca semangat juang serta komitmen tinggi kita luntur.

Islam menganjurkan kita atau pun telah mendidik kita agar sentiasa memberi komitmen yg tinggi dlm apa sahaja usaha yg mengarah ke DAKWAH. Maka kata kunci dan praktikalnya KOMITMEN ini menjadi asas kpd lahirnya kumpulan nasyid yang mantap dan seterusnya individu yg berdisiplin.

Namun perlu diingat bila kita bekerja dalam kumpulan, semua pihak perlu memainkan peranan mereka dan memberi komitmen yg sama rata, barulah kejayaan mampu dicongak. Sebagai contoh Sebuah Kump Nasyid Sekolah,Guru guru, Guru Pembimbing, Pihak pentadbir Sekolah, PIBG, Pelajar Sekolah...mereka ini boleh memainkan peranan dan memberi komitmen dlm membantu pasukan atau kumpulan nasyid mereka jadi mantap. Banyak sekolah sekolah juara nasyid , bila saya selidiki , mereka mampu menjadi juara kerana semua pihak memainkan peranan dan memberikan komitmen yg tinggi terhadap peranan itu. Melantik jurulatih profesional, mendapatkan sentuhan ciptaan lagu dan lirik dari mereka yg mahir. ini semua memerlukan komitmen.Disamping bakat dan juga minat pelajar terhadap irama ini.

Kalah atau menang itu adat pertandingan, dan keputusan adalah sangat subjektif. Tp apa yg penting ialah bila adanya komitmen dr semua pihak maka kita akan rasa betapa kuatnya kita bila bekerjasama dan berjemaah.  Itulah yg dianjurkan ISLAM. dan nasyid adalah platform terbaik dlm mewujudkan jemaah ini. Rasa kekeluargaan akan timbul....dan bukan sekadar hanya utk pertandingan. Tp insyaallah selagi hayat dikandung badan.

Dan inilah yg kita semua mahu . Nasyid akan kekal sehingga ke akhirnya kerana KOMITMEN yg tinggi diberikan oleh semua pihak.

Bersambung.................


No comments:

click