CLICK CLICK

PAKCIX Google

Thursday, February 24, 2011

MAULIDURRASUL

Bulan FEBRUARI tahun ni boleh dikatakan bulan MAULIDURRASUL. Tapi sebenarnya x semestinya tiba MAULIDURRASUL baru nak ingat RASULULLAH kan.

ALHAMDULILLAH, minggu yg lepas antara 13 hingga ke 26HB FEB adalah hari hari yg sibuk dan penuh dengan pengalaman. TQ ALLAH atas kurniaan dan rezeki yg telah kau limpahi.

Bermula dari :-

13 hb FEBRUARI 2011

NOWSEEHEART show di kolej Matrikulasi Labuan. Buat pertama kali dalam hidup ini, aku menjejakkan kaki ke bumi LABUAN. Persembahan di malam penghaytan ISLAM. Lebih kepada pengisian utk tidak menyambut VALENTINE day.

15 hb FEBRUARI 2011

SAMBUTAN MAULIDURRASUL. ALHAMDULILLAH disambut meriah oleh semua negeri. NOWSEEHEART memeriahkan sambutan MAULIDURRASUL di surau al mustaqim Lembah Keramat. Slot ceramah oleh saudara IDZHAR NSH dan persembahan oleh NSH.

17 hb FEBRUARI 2011

NOWSEEHEART memeriahkan sambutan Maulidurrasul peringkat SK SG BULOH. ALHAMDULILLAH berjalan lancar.

18 hb FEBRUARI 2011

Pengalaman paling menarik dlm hidup ini. ALHAMDULILLAH dgn keizinannya berjaya aku melaksanakan tugas yg diberi. Aku dijemput oleh SMK RAWANG utk menyampaikan ceramah MAULIDURRASUL di sekolah berkenaan utk sesi pagi dan petang. YA ALLAH terima kasih atas peluang dan ruang juga dgn keizinanmu aku dapat berkongsi cerita ttg Junjungan Mulia MUHAMMAD SAW dgn generasi generasi yg bakal meneruskan legasi AKHLAK mulia ini.

TERIMA KASIH WARGA SMK RAWANG.

19 hb FEBRUARI 2011

Diteruskan lagi dgn SMK SERI GARING RAWANG pula. Juga aku dijemput utk memenuhi undangan ceramah MAULIDURRASUL. ALHAMDULILLAH..........moga ia dapat menjadi pengajaran buat diri sendiri dan juga mereka yg berada di dewan mendengar perkongsian ILMU.

TQ SMK SERI GARING RAWANG m

Selepas dr SMK SERI GARING RAWANG aku terus bergegas ke PUSAT BANTUAN KHIDMAT SOSIAL CHOW KIT KL. memenuhi undangan ceramah motivasi yg dianjurkan oleh INSTITUT SOSIAL MALAYSIA. Ini adalah pengalaman yg memang menarik dan akan menjadi kenangan serta pedoman buat diri ini. TQ ALLAH. Berkongsi pengalaman dan juga memberi kata kata motivasi kepada hampir 30 orang bekas SEX WORKER [mak nyah dan pelacur ]. Mula mula sampai ke pusat tersebut , bila lihat audience tiba tiba terasa ngeri dan takut pula. ALHAMDULILLAH dgn keizinan dan dgn niat ingin membantu sesama manusia ALHAMDULILLAH semuanya berjalan lancar.

Tamat sahaja sesi ceramah tersebut. Terus menyambung perjalanan ke KG CHOKRO SG RENGGAM JOHOR. Program maulidurrasul bersama NOWSEEHEART.

No comments:

click