CLICK CLICK

PAKCIX Google

Monday, February 18, 2013

DuaRibuTigaBelas.

Semakin lama semakin meningkat usia......sedar tak sedar kini kita sudah berada di penghujung FEBRUARI 2013. Lama sudah aku tidak menulis atau 'update' blog ini. Manusia......memang ada semangat yg sangat tinggi. Tetapi malangnya. Usaha tidak sama tinggi dengan semangat.
Apa pun syukur kupanjat ke hadarat ILLAHI kerana masih diberi nikmat bernafas. Yang paling penting masih diberi ruang dan peluang untuk memperbaiki kesilapan dan kesalahan lalu. Muhasabah dan Taubat......TQ ALLAH.
Ku pohon agar tahun ini (2013) adalah tahun yang lebih cemerlang buat diriku dan semua. Cemerlang dari semua sudut mencakupi dunia dan akhirat. Sekali lagi syukur kpd ALLAH TAALA kerana beberapa kejayaan dapat aku kecapi pada tahun lepas 2012.
Kejayaan sebagai seorang jurulatih Nasyid setelah hampir 12 tahun berkecimpung di bidang Kejurulatihan nasyid ini. BERKAT SABAR & USAHA yg JITU. Kubuktikan bahawa USAHA ADALAH TANGGA KEJAYAAN. MINAT mengatasi segalanya.

Antara Kejayaan ......... tapi masih banyak yang perlu dipertingkatkan dan dibaiki....antara Kejayaan buat team team nasyid yang aku LATIH ialah :-

1. JOHAN festival nasyid Negeri Sembilan.Kategori Tradisi  (INTRACKSEE from USIM)
2. JOHAN festival nasyid Negeri Sembilan Kategori Moden (AZRA from USIM)
3. KEEMPAT festival nasyid Kebangsaan. Kategori Tradisi (INTRACKSEE from USIM)
4. NAIB JOHAN festival nasyid Negeri Perak. Kategori Moden (POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH)
5.JOHAN festival nasyid sekolah W.Persekutuan. Zon Bangsar (MAKTAB TENTERA DIRAJA)
6. JOHAN festival nasyid IPTA (FENU 12) (INTRACKSEE from USIM)
7. KETIGA festival nasyid IPTA (INTRACKSEE from USIM)

bersama INTRACKSEE & AZRA @ Festival Nasyid Kebangsaan 2012 -SABAH

ini antaranya la. apa pun SYUKUR ALHAMDULILLAH. ni semua ujian dan x perlu rasa selesa dengan kejayaan yg diberi.....

click