CLICK CLICK

PAKCIX Google

Saturday, June 30, 2012

JANGAN AMBIL KESEMPATAN

salam.....kebelakangan ini ramai penganjur yang nak anjurkan konsert konsert nasyid. Sedangkan penganjur tersebut tak pernah pun menganjurkan konsert nasyid .....mahupun bekerjasama dengan penasyid......dan akhirnya nasyid juga yang menjadi mangsa... mari kita renungi teguran saudara Farihin Abd Fattah ....yang saya anggap orang yg paling banyak pengalaman dalam perjuangan memartabatkan irama dan melodi mendidik jiwa ini :
بسم الله الرحمن الرحيم
RENUNGAN BUAT TINDAKAN: 
Salam Sahabat munsyideen sekelian, ana bukan lah yang terbaik di sini tapi ana telah melakukan terlalu banyak kesilapan sebelum ini, namun kesilapan silam tidak boleh di jadikan alasan untuk melakukan lebih banyak kesilapan. Penganjuran majlis sekecil mana pun tidak boleh di dasari dengan keselesaan/kelalaian peribadi sambil mengorbankan kepentingan jamaah/ummah.

Penganjuran tidak boleh di buat atas minat dan semangat semata-mata kerana tanpa persiapan ilmu, pengalaman dan ketajaman latihan dan disiplin, hatta Islam pun takkan dapat kita kecapi hari ini. Inilah sunnah yg 'wajib' yang sering kita lupa apabila kita sibuk bersemangat, menganjurkan sesuatu majlis atau bekerjasama dalamnya.

Ya betul kita boleh menjawab 'nasib baik kita di Malaysia' tapi tak malukah kita saban tahun akhir2 ini penganjur2 bersemangat minat tanpa pengalaman telah sering kali mengkocar kacirkan pentas munsyid? Ana merayu... tolongggggg lah "bertanya itu ubat kepada kebodohan" . Dan tolonglah sampaikan amaran keras ini kepada sesiapa lagi yang berani mencemar Syiar Allah dengan kebodoh sombongannya agar merendah diri dan bertanya dan bertanya dan bertanya kepada ahlinya. Wallahu a'lam.
"Subhanaka Laa 'Ilmalanaa illa maa 'allamtanaa innaka antal 'aleemul hakeem.."

1.Peristiwa Islamic Song Festival 2010/2011 sudah cukup memalu dan menyedihkan. 2.Peristiwa Konsert MZ rehearsal 2 hari dengan persiapan mentah sudah cukup menginsafkan (kedegilan yg masih di teruskan Wasim dan awakening)
3.Sebuah produksi tempatan bertema Qasidah tidak bayar langsung kepada penampil2 Indonesia sewaktu penggambaran yang juga membabitkan Ulama2 Haba'eb yang di segani. (tak malu dan tak beradab dengan Ulama')
4. Konsert Salaam yg bakal muncul 14 july ini cukup membimbangkan
(dengan perangai aneh bin diva SY) .
5. YANG TERKINI : pembatalan saat akhir 1st World Nasyid Festival setelah datangnya tetamu dari Thailand bersama krew TV mereka.(difahamkan ada yg dah tahu pembatalan bulan lepas. Apa pun alasan mohon sampaikan pada penganjur agar bersegera memulih maruah Islam & negara)

APA NAK JADI ? ini bukan catatan wartawan sensasi. Ini bukan andaian. Apa yang ana sebut adalah pengalaman peribadi yang sengaja ana kongsi
kerana trend 'minat-anjur-hancur' semakin menjadi virus nampaknya.

p.s. Pihak yg terbabit secara langsung atau tidak langsung sila mohon maaf dengan saguhati kepada tetamu munsyid kita dari Thailand atau yang lain (sekiranya ada) dengan kadar segera.

khadam munsyideen,
farihin bin abdul fattah

JURULATIH.....

Festival Nasyid Sekolah Peringkat Kebangsaan baru sahaja berakhir dan tahun 2012 menjadi tahun yang bertuah buat negeri JOHOR. Apapun bagi yg tewas jgn berputus asa.
Seperti tahun yg lalu khidmat saya sebagai jurulatih nasyid masih diperlukan untuk sekolah sekolah yang mempunyai semangat tinggi untuk memenangi pertandingan.
2012 tahun yg sangat mencabar. Alhamdulillah berjaya diselesaikan dengan jayanya. Bertemakan " AL QURAN menjana transformasi Ummah" sebagai tema festival nasyid tahun ini . saya berjaya menyiapkan 7 ciptaan lagu baru. Tarannum dan kontemporari.
Terima kasih kepada sekolah sekolah yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk mencipta lagu dan lirik serta melatih sekolah mereka.


1. Maktab Tentera Diraja Kuala Lumpur (Johan Zon Bangsar)
2. Sekolah Menengah Bandar Baru Seri Petaling 
3. Sekolah Menengah Alam Damai 
4. Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya 
5. Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh
6. Sek Agama Menengah Tinggi Tunku Ampuan Rahimah Banting.


Juga tidak ketinggalan IPTA dan IPTS


1. Universiti Sains Islam malaysia
2. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
3. Universiti Tenaga Nasional


Dan juga tahun ini tahun ke 4 saya melatih badan korporat TNB petaling Jaya.


Moga dengan sedikit pengalaman dan ilmu yg dapat dikongsikan insyaallah Nasyid akan dapat berkembang maju di masa hadapan.
bagi yang ingin mendapatkan khidmat saya boleh call atau sms ke 0132675552.

Wednesday, June 13, 2012

BARU

Sedar tak sedar 2012 sudah pun nak memasuki separuh masa yang kedua......Alhamdulillah masih diberikan rezeki kehidupan, kesusahan , ujian , pengalaman dan ilmu oleh DIA yg MAHA KUASA>
Pelbagai dugaan diharungi untuk aku sampai ke tahap ini... Ujian Kesenangan adalah lebih sukar dari ujian Kesusahan. Namun diri ini sangat bersyukur dengan apa yang ada. ALLAH x pernah melupakan setiap makhluknya . Tapi barang perlu diingat kita yg selalu lupa DIA
35 tahun nikmat kehidupan dunia yang hanya pinjaman semata semata telah aku nikmati. Adakah cukup ? nikmat dunia memang x pernah cukup..........apa yang kita cari di DUNIA ? tidak lain dan tidak bukan adalah AKHIRAT. Ku harap aku akan menjadi manusia yg lebih baik dr hari hari semalam. Kupohon agar rezeki amalku sentiasa bertambah.
Setiap ahli perniagaan pasti ada jatuh bangunnya. Kini aku cuba menyusun semula semangat yg x pernah luntur ini untu mencapai apa yg sepatutnya kucapai dr dahulu lagi. Tp dek beberapa sikap yang perlu dijauhkan ini aku jadi seperti tidak berkembang>
1. KURANG SYUKUR
2. X JAGA SOLAT
3. MALAS
4. MEMBAZIR / BOROS
5. BERTANGGUH
6. NAFSU
7. SOMBONG RIAK
8. CAKAP X SERUPA BIKIN
9. HANGAT HANGAT TAHI AYAM......
Moga ia bukan lagi sekadar mimpi namun menjadi realiti

click